Pertengahan tahun 1997,dua belas tahun yg lepas aku merupakan seorang kanak kanak perempuan darjah 3. Selenger betul dressing waktu tu.Dengan kurus keding nyer,beruniform sekolah kain biru gelap, hidung berair lagi.kulit muka jgn cakap la itam legam nyer kalau dah hari2 mandi matahari. selenger. setoyer. ee..
Excuse me, Pandang jgn serong la wey,sungguhpun selenger,tiap kali cikgu bg report kad suruh abah aku sain dgn megah nyer aku akan hulur kpd abah aku beb. Dan dgn senyum lebar tanda berbangga abah aku akan sain autograph report kad aku. aku malas nak kecoh,dpt nombor brape,gred brape peratusan nya.,, nnt org bilang aku riak. "Stakat darjah 3 punyer result ujian bulanan pun nak kecoh.."
Aku,mak,abah dan abang aku..kami boleh dikategorikan sbg ahli kaum primitif.
Nomad tak nomad nya keluarga aku time tu,dalam setahun brapa kali pindah angkut barang rumah. Kalau tanya budak2 hobi diorang mende budak tu akan jawab "kumpul setem" cuba try test tanya aku? "hobi saya kumpul lencana sekolah" havoc tak havoc aktiviti perpindahan sekolah aku yg berzillion kali, lencana sekolah yg dikumpul kumpul boleh penuh satu album. Kerap sgt tukar sekolah telah meletakkan aku di status "kawan tak sejati".
Bukan sahaja disebabkan masalah kegawatan ekonomi dan masalah peribadi keluarga,tp juga sebab abah aku waktu tu merupakan seorang pekerja FELCRA. Bos suruh transfer,terpaksa la ank bini pun nak kena ditransferkan jugak.Aku sbg seorg anak kecil suci dr dosa ikut kan saje keputusan org tua tanpa bangkangan mahupun tentangan. Gila nak bangkang,silap ari bulan berani sgt membangkang ke longkang la jawabnya.
Gua Musang,Kelantan. Merupakan lokasi ke tiga penghijrahan kami sekeluarga pada tahun itu. Sumpah mmg heaven lokasi tersebut.Tp kalau di saat dan ketika ini gua dicampak kesana,buruk2 la muka menangis sambil beli tiket keretapi balik Pahang. Giler???
Kembali ke tahun 1997,rumah FELCRA biasa la mmg tak berubah. Rumah papan cat maroon,dua bilik,satu beranda. Rumah jiran jiran lain pun sama. mereka jua pekerja FELCRA. Rumah bos abah aku,aku tak pasti.mungkin rumah batu cat warna warni,2 tingkat,5 bilik,dan berbalkoni. Malu ar wey bos2 duduk rumah sama level dgn koli2 cam kiter nie iye dak?Aktiviti harian aku sbg seorg budak perempuan berumur 9 tahun adalah bermain wrestling2 dgn abang aku yg seingat aku waktu tu dia umur dua belas tahun kot.umur beliau sekarang pun aku tak ingat.bukan tak tau.saje malas ambik port. "age is just a number" kata kepala otak aku.
tapi yg paling aku pasti ,kalau berwrestling aku adalah The Rock dan abg aku pulak Stone Cold. Tak sah kalau sebelum bertarung masing2 semestinya berlagak spt ahli gusti pujaan, tag line The Rock mmg aku hafal lekat terpahat penuh di ingatan sentiasa. Walaweyh kalau bergusti dgn eddy..gedegang2 lantai papan rumah.Jenis main tak aci. ade ke main smack down kaki sampai kesudah.takde skill langsung. bengkok tulang kering bisa tak hengat. sampai tahap rasa cam air mata dah bergenang baru aku lari keluar gelanggang.takkan nak mati sia2 gitu aje.
Dah jenuh bergelumang di alam perlawanan WWF, kami dua beradik bersepakat nak pergi mandi sungai. huhuu best wuu belakang rumah kome ade sungai.. Sungai tu tak macam sungai Pahang, harap je besar tp takde buaya,tak adventurous lansung. sungai yg mengalir slow motion kat blakang rumah kat gua musang kecik je tp tak ada buaya jugak.. air dia warna coklat jernih, level sejuk dia tak terkata kebestanannyer. Tambahan pulak iklim di negeri orang tu panas giler babeng.matahari dekat sgt ke? Di sungai tu la port abg aku blaja isap rokok(agaknya) selain drpd taman permainan berkarat kat hujung jalan (aa yg nie confirm)
Tp bg aku sungai tu la tempat aku membuat aksi terjun tiruk, selam kepala kaki atas, renang gaya ular dan juga port aku menjadi duyung jadian. tak sabar nak mandi ni!
mak pun dah bg green light tanpa syarat nih!!
scara pantas dan terloncat loncat menuruni tangga rumah bergegas menuju ke sungai. on the way tu mmg tengiang ngiang bunyi hilai tawa kami berdua disertai bunyi arus sungai menjadi kan melodi yg begitu indah. Dua tiga tapak nak sampai ke tepian sungai hati aku rasa meloya. Senyuman yg tak lekang dari mulut sejak beberapa minit yg lepas hilang serta merta. impian dan harapan aku musnah. hancur berderai. baru aku tahu kebahagiaan hnya lah sementara.abg aku yg tersengih sengih ajak aku balik rumah. dgn langkah yg berat aku menuju pulang ke rumah.rasa nak nangis campur nyesal pun ada.
"hah! cepat nyer balik? kering je,kate nok mandi ngat air sungai?"tanya mak aku.
Babi punyer babi hutan. dah la jenis haiwan najis mughallazah besar gedabak bukan main.Disbbkan itu aku mandi air kolah dalam bilik air je ari tu.bukan hari tu je,memang start dr hari tu aku terjun tiruk dalam kolah je hari2. nasib baik mak aku tak tau. Giler nak mandi sungai dgn babi? kesan babi mandi? takkan hari2 nak samak satu badan? dosa besar ke kalau tak samak?abis selama ni aku best2 je berendam dlm sungai yg mungkin baru 2 3 menet sbelum anak babi tu dah best2 bersyampoo kat situ? biasanya ada labi2 je yg bersantai kat situ. bleyh gak buat bahan mainan. giler nak main dgn babi? sampai hari ni aku tak puas hati.
tp baru kini terlintas di pemikiran aku,air sungai tu kan mengalir.bukan nya bertakung.apa ada hal dgn babi berkubang???
No comments:
Post a Comment