5:05 menet pagi
aku sejak dari jam 7 ptg, aku mengadap komputer riba hak milik anak sedara aku.air kotak perisa laici standby tepi meja,turut serta dgn sekotak dunhill 14 dan lighter cap cricket tersedia x jauh dr siku lengan kanan.iyer lah kan,kalau dah senang dicapai lepas sbatang sbatang,memang non stop bersmbung la jawabnyer..itulah kalau dah komputer internet dan rokok bertemu,paru2 la menjadi mangsa.
hari2 aku online myspace tp makin hari makin musykil..knp kini suda tiada orang ingin mengfriend request kat aku?aku nie jenis malas nak ushar2 profile org. tak reti sgt nak add2 org asing.kalo ada pun dua tiga brader yg lanjut usia anta meset "hai,bleh bkenalan?awak kat area mana?" aku mmg tak bley blah kalau nak menghandle kes2 cam ni..aku takde experience melayan kerenah pakcik2 lewat 50an spt itu. tak mungkin aku akn mengapprove mereka,inikan pula nak reply balik. kalau aku reply pun aku mungkin akan cam, "pakcik,PAKCIK TU DAH TUA!!!!"Tp kan cam kuang hajor la pulak... budi bahasa kan budaya kita.
kemusykilan aku makin terangsang dgn rasa tak puas hati dek kerana ditambah pula dgn maxis broadband ni yg kadang2 putus kadang2 ok pastu putus balik. aku dah berbulu.tapi aku menghirup nafas tenang..
rilex..
dunhill stabang lagi..lega sikit..
aku ushar youtube.macam kena paksa melayan video2 contoh spt awek sekolah gaduh, memburu hantu,amy winehouse snort cocaine,britains got talent, dan sbgnya yg menyesakkan ruang mata aku.sambil asap haram dihisap laju sbb da makin hampir ke puntung. gila x best layan youtube sorang2.anak perempuan kedua abah aku dah lena di ulit mimpi,aku takde geng nak ajak mengutuk,mengumpat secara tak langsung membisingkan kawasan kejiranan.
aku ambil kesempatan mengopes henpon yg jua hak milik anak sedara aku.layan pulak lg video rakaman budak tasya nih. tahpapape tengok motor eksiden dgn kereta kat seberang temerloh pun nak rakam.tak puitis langsung.hmm dgr citer penunggang motosikal tu meninggal.
aku tolak tepi henpon,fokus ke arah komputer semula.
hoi kat kazen haram berjawab.
chow.
No comments:
Post a Comment