Friday, September 17, 2010

suara celaka.


kanan ada suara, kiri juga bersuara.
"celaka,aku mahu sendiri tanpa ada siapa siapa"
dia berirama dengan bahasa dan cerita tentang entah apa.
dia bersandiwara tentang cerita dan bahasa entah apa.
kiri dan kanan mereka perosak gegendang telinga.
"celaka,aku mahu disini tanpa kamu kamu semua manusia"
hingar,bising,muak aku dengan lolongan,teriakan semua.
dia merayu minta dibantu.
minta si bulan menjadi sepatu dengan hanya tundingan jari satu.
mana bisa aku.
magis itu tiada pada aku.
dia menangis teriak terpekik terlolong.
minta si awan menjadi terowong.
mana bisa aku tolong.
meski dia berdarah meraung.
"celaka,aku mahu begini tanpa ada yang ingin coba memesong"
tinggalkan,pergi,nyah,menjauh,kesana lari,apa lagi?
semua kosa kata dan bahasa sudah aku kasi.
suara suara celaka itu masih aku dengari.
masih meminta simpati.
masih mengharapkan magika yang di luar kotak logika yang tidak
mampu aku beri.
nah,tiket ke neraka yang syaitan itu beri.
nah,aku renjis keras ke muka itu sebagai bukti.
berhenti bersuara pada aku yang dia anggap dulu satu bidadari.
berhenti berharap pada aku yang dia sangka dulu selalu memenuhi.
aku ini juga seperti kamu,suara kanan dan kiri.
juga menagih pada yang tidak pasti.
masih merangkak atas bumi.
juga percaya bahawa neon itu sebenarnya mentari.
masih mengais untuk sebutir isi padi.
sudah,aku dan dia kita serupa.
sudah,berhenti berbicara tentang entah apa,sudah.

Monday, June 7, 2010

kembali berpijak di kaki sendiri.

sudah terang sekarang.
yang dulu aku fikir ya rupanya tidak.
aku kira tolak tambah darab campur semua negativity dan positivity.
syukur bila total memberat kepada negativity.

muktamad.

kau dan aku,kita tidak sempurna.
ternyata kita tidak dicipta untuk saling melengkapi.

senang aku,senang engkau.
senyum aku,ketawa aku,hilai aku,menangis aku,
untuk engkau.
marah aku,kecewa aku,sedih aku,susah payah nya aku,
mana engkau??
engkau hilang.
engkau pergi.
engkau meminggir tidak peduli.
engkau lupa bahawa engkau terlalu aku cintai.
engkau mohon kemaafan kerana melepaskan.
lepaskan bukan sekadar perhubungan,
tapi juga impian,harapan,janji dan masa depan yg pernah engkau pertaruhkan.
engkau tegar melihat aku meratap menagis mengecil diri di tepi.
sekadar mampu mengusap ubun ku,pohon kemaafan berulang kali.
dan menyatakan sayang yg mana sungguh sayang itu bukan lagi sebenarnya sayang.
bersuara aku hanya minta mahu pulang.

nah,aku pasrah pergi dalam hujan malam.
pandangan kelam.
fikiran melayang ku seolah terbang.
kosong aku peri tak bernyawa.

damn it! kau memang tak guna!!!!

Saturday, June 5, 2010

Satu untuk saya, Dua untuk awak,

saya kasi awak satu.
awak kasi saya satu.
saya kasi awak dua.
awak kasi saya satu lagi.
tak apa.
saya kasi awak tiga lah.
awak kasi saya satu lagi.
....
????

tak adil.
kan?
memang tak adil..

awak yg kedekut atau saya yg terlebih memberi?
saya yg sering tidak berpuas hati atau awak yg sering rasa sudah mencukupi?
awak tersenyum menguji atau senyum sekadar simpati?
atau saya hanya layak memberi dan terus memberi sampai kapan tak pasti?

satu,dua,tiga,empat lima ratus juta billion.
itu semua sekadar nombor,bukan?
tak adil jika diletakkan "keadilan" berdasarkan hanya pada digit digit yg hanya memanipulasikan,merumitkan.
sedang jawapannya tetap sama.
sedang ertinya adalah serupa.
sedang adil dan saksama itu sebenarnya ada.
siapa kata tak ada?
(aku la dulu yg percaya keadilan tu tak ada)

kini aku percaya.

biarlah awak dapat tiga saya dapat satu.
saya beri,awak pun memberi pun dah kira adil.
kan?

p/s: entah la..rasa nak ambil balik apa yg saya da bagi kat awak. tapi,mana bisa...
haish.... buruk siku......

Saturday, October 17, 2009

Lebih Hina Dari Sedar

Hinanya aku di mata-Mu..

Jarang aku menjadi tetamu di pintu-Mu,

Tidak aku bersujud bertakafur pada-mu,

Payah aku menurut syariat-Mu,

Megah aku telanjang di dunia milik-Mu,

Jelak nya mereka mencatit dosa ku pada-Mu,

Hina sungguh aku di mata-Mu..

Ceteknya iman,

Rendahnya kesedaran,

Tingginya martabat syaitan,

Agungnya mendongak kebaratan,

Hina aku di mata-Mu oh Tuhan..

Dikurnia akal kiri dan kanan

masih disalah tafsirkan..

Dihadiahkan rupa dan badan

senang senang ditolak digadai..

Diberi sepasang kaki dan tangan

melangkah menyentuh hanya pada yang haram

Dipinjam hela nafas nan panjang

tak terhitung jumlahnya hutang dan piutang..

HINAnya aku..

HINA sungguh aku..

HINA aku di mata-Mu oh Tuhan..

Thursday, October 15, 2009

jauh tu yang payah..

"sayer taknak gaduh dgn awk..sayer tau sayer la yg salah. sayer sorry kayh syg,next time sayer tak buat lagi daaa..ai janjiiiee.."
itu ke yg dia nak dengar?
susah sangat ke aku nak kasi dea dengar?
siapa yg ego sebenarnya?
Apasal pulak aku yg nak kena pujuk?
merajuk sangat! eeuuww!
Dah terang2 bukan salah aku sgt pun.
bersalah nya mmg la aku,tapi....
benda kecik besar2 kan..
bukan aku tak nak dengar apa dia cakap
masalah nya dea bercakap depan kipas
macam aku tak tau
so,bunyi hangin kipas lebih power dr bunyi suara dia
mana aku nak dengar dia membebel apa.
tp aku pretend cam dgr tapi sebenarnya tak.
dia tanya lain aku jawab lain.
bongak nya aku kan?
dia marah.
padan muka aku.
aku cakap small matter buat apa nak marah.
dia merajuk.

*YUCK*

Relax ar..
Bukan aku pergi jual tanah pusaka turun temurun keturunan dia..?
yg tu bleyh la jugak nak dijadikan alasan merajuk.

*AMIK HENPON TYPE MSG.......DELETE BALIK CAMPAK HENPON*

Nak kata aku egois,kata lah..
biar dia tau dia tgh deal dgn perempuan mcm mana punya....
tak bleyh la manja sgt,awak tu lelaki.
nasib la dah jauh,mmg bikin gaduh.
takkan!
taknak!
kali ni apa nak jadi jadi lah!
aku tak mou text dia!
argh!
main2 sama melayu.

"ok lah.sayer tak mou gaduh lama2 dgn awk.tak beh! kira setel la eh!"

gampang bajek samseng punya ayat.
tunggu dia reply apa pulak..
kaget kaget..

yg penting
mengalah..
egois ada la sket lagi baki.
tp
mengalah je la..
dah sayang..
ehem2..
hehe

Wednesday, October 14, 2009

yeahhh!!! akhirnya setelah sekian lama berdiam diri kini KEMBALI!! saya Rusimariana bt Bidin sekarang ingin bersuara dan melontarkan beribu million deretan perkataan yg dah hampir 2 bulan terperap dalam kepala hotak nie.. meskipun hari nie bukan lah hari yg istimewa,tapi ntah kenapa aku terfikir nak start memblog semula.. (perhatian kpd pengkiritik:jgn terus membaca kalau rasa tak suka kan perkara remeh)
antara perkara2 tak penting yg dah berlaku 2 bulan yg lalu..

1.Salah seekor rabbit perliharaan meesya mati kebuluran.. gila tak kebulur? 3 hari kena tinggal tanpa carrot mahupun kangkung..Sorry Chanel,,we miss u.. :(
2.Bulan ramadhan aku berjaya mengatasi record puasa tahun lepas.. tahun lepas hari pertama & hari terakhir puasa je aku puasa,tahun nie alhamdulillah dpt jgk puasa seminggu pertama..
3.07.09.09 tarikh keramat.
4.Hari raya tak semeriah biasa.Ada yg tak kena..
5.04.10.09 my 21st buffday.. kunci kebebasan akhirnya hak milik aku.. haggaaga
6.Ada sum1 bertamu di kalbu sudaaaa.. :)

Walaupun bnyak suka duka yg aku dah lalui dalam masa yg sesingkat ini,namun tak pernah ada sedetik waktu pun aku tak menyebut namanya.. zahirnya aku sudah dimiliki, tp jauh di benak hati masih ada dia berantai tak bernyawa..
aduh..puitis lah pulak.. sebelum makin meleret leret,,,

aku chow arh..hari dah siang!

Tuesday, August 4, 2009

~beautiful thoughts by Eisya IsmaiL~

so tell me what is your point to see me cry ?
satisfaction ?
powerness?
you dont even notice that ur words kill me
so tell me what is it like
having the ability to crushed soemoene intomillion pieces without even have to try.
and pls tell me are u aware that im at the edge of depression
that you have made me.
do u know that every tears i have cried are the words that i couldnt speak
because,
everytime i tried,
it all came out wrong.
i guess
im nothing
much to you
but just a girl
who try to make you see that ;
shes the one that would have done anything to be your everything.




when i stood there, i felt november chill.
as my tears turn to dust ive come to realise how easy you have forgotten me.
but i have left from that place you brought me into; so cold and needed.
but everytime i turn the pages i can still see you.
theres nothing worse than those words youve said.
it keeps repeating inside my head.
Like a lovesong that i couldnt stop listen.
your love is jus a plastic,.
give it to me only to disapear your shadows is to heavy to lift.
i cant look back anymoe, this love survive only when we are apart i hold your heart with two hand
but now im letting it go,
ive loved you
ive hold you.
ive kissed you.
we're history.


P/S: 04/O8/09:08:01:PM by(ESYAISMAIL)