Friday, September 17, 2010

suara celaka.


kanan ada suara, kiri juga bersuara.
"celaka,aku mahu sendiri tanpa ada siapa siapa"
dia berirama dengan bahasa dan cerita tentang entah apa.
dia bersandiwara tentang cerita dan bahasa entah apa.
kiri dan kanan mereka perosak gegendang telinga.
"celaka,aku mahu disini tanpa kamu kamu semua manusia"
hingar,bising,muak aku dengan lolongan,teriakan semua.
dia merayu minta dibantu.
minta si bulan menjadi sepatu dengan hanya tundingan jari satu.
mana bisa aku.
magis itu tiada pada aku.
dia menangis teriak terpekik terlolong.
minta si awan menjadi terowong.
mana bisa aku tolong.
meski dia berdarah meraung.
"celaka,aku mahu begini tanpa ada yang ingin coba memesong"
tinggalkan,pergi,nyah,menjauh,kesana lari,apa lagi?
semua kosa kata dan bahasa sudah aku kasi.
suara suara celaka itu masih aku dengari.
masih meminta simpati.
masih mengharapkan magika yang di luar kotak logika yang tidak
mampu aku beri.
nah,tiket ke neraka yang syaitan itu beri.
nah,aku renjis keras ke muka itu sebagai bukti.
berhenti bersuara pada aku yang dia anggap dulu satu bidadari.
berhenti berharap pada aku yang dia sangka dulu selalu memenuhi.
aku ini juga seperti kamu,suara kanan dan kiri.
juga menagih pada yang tidak pasti.
masih merangkak atas bumi.
juga percaya bahawa neon itu sebenarnya mentari.
masih mengais untuk sebutir isi padi.
sudah,aku dan dia kita serupa.
sudah,berhenti berbicara tentang entah apa,sudah.

Monday, June 7, 2010

kembali berpijak di kaki sendiri.

sudah terang sekarang.
yang dulu aku fikir ya rupanya tidak.
aku kira tolak tambah darab campur semua negativity dan positivity.
syukur bila total memberat kepada negativity.

muktamad.

kau dan aku,kita tidak sempurna.
ternyata kita tidak dicipta untuk saling melengkapi.

senang aku,senang engkau.
senyum aku,ketawa aku,hilai aku,menangis aku,
untuk engkau.
marah aku,kecewa aku,sedih aku,susah payah nya aku,
mana engkau??
engkau hilang.
engkau pergi.
engkau meminggir tidak peduli.
engkau lupa bahawa engkau terlalu aku cintai.
engkau mohon kemaafan kerana melepaskan.
lepaskan bukan sekadar perhubungan,
tapi juga impian,harapan,janji dan masa depan yg pernah engkau pertaruhkan.
engkau tegar melihat aku meratap menagis mengecil diri di tepi.
sekadar mampu mengusap ubun ku,pohon kemaafan berulang kali.
dan menyatakan sayang yg mana sungguh sayang itu bukan lagi sebenarnya sayang.
bersuara aku hanya minta mahu pulang.

nah,aku pasrah pergi dalam hujan malam.
pandangan kelam.
fikiran melayang ku seolah terbang.
kosong aku peri tak bernyawa.

damn it! kau memang tak guna!!!!

Saturday, June 5, 2010

Satu untuk saya, Dua untuk awak,

saya kasi awak satu.
awak kasi saya satu.
saya kasi awak dua.
awak kasi saya satu lagi.
tak apa.
saya kasi awak tiga lah.
awak kasi saya satu lagi.
....
????

tak adil.
kan?
memang tak adil..

awak yg kedekut atau saya yg terlebih memberi?
saya yg sering tidak berpuas hati atau awak yg sering rasa sudah mencukupi?
awak tersenyum menguji atau senyum sekadar simpati?
atau saya hanya layak memberi dan terus memberi sampai kapan tak pasti?

satu,dua,tiga,empat lima ratus juta billion.
itu semua sekadar nombor,bukan?
tak adil jika diletakkan "keadilan" berdasarkan hanya pada digit digit yg hanya memanipulasikan,merumitkan.
sedang jawapannya tetap sama.
sedang ertinya adalah serupa.
sedang adil dan saksama itu sebenarnya ada.
siapa kata tak ada?
(aku la dulu yg percaya keadilan tu tak ada)

kini aku percaya.

biarlah awak dapat tiga saya dapat satu.
saya beri,awak pun memberi pun dah kira adil.
kan?

p/s: entah la..rasa nak ambil balik apa yg saya da bagi kat awak. tapi,mana bisa...
haish.... buruk siku......