ku bisikkan pada angin..
aku mahu bernafas di ruang udara sewaktu aku & dia berdua bersama bercinta
ku renung ke awan..
aku mahu menunding ke atas sana dan berkata "lihat itu!nama kita berdua!"
ku pijak lantai bumi..
aku biar kau mengejar sedang aku di depan berlari
ku tegar dgn panas mentari..
aku ingin sakit perit terbuang terhina itu berulang lagi
ku maki guruh di langit..
aku hamun semua rasa benci aku biar puas..
ku bertanya pada butir pasir..
sakitkah engkau dipukul ombak?
ku menyoal dahan mati..
beratkah bebannya membuat kau rebah ke tanah?
ku tenung tepat ke bulan..
cipta lah keajaiban,jatuh lah kau ke riba
No comments:
Post a Comment