ah..
Bulan pertama 2011 mengangkat aku ke level baru.
Status baru,gelaran baru,tanggungjawab baru,motif baru,segala baru.
Kaget bercampur teruja dibuatnya.
Aku sebenarnya tidak pasti apa aku sudah melengkapkan diri luar dan dalam untuk ini?
Satu yang pasti,segala nya akan berubah.
Pertama,rutin pagi takkan lagi sama.
:bangun seawal 6 pagi mungkin.ah shit.
Kedua,Facebook bukan lagi perkara teratas dalam carta harian.
:oh Cityville aku akan rindu kamu.
Ketiga,menyedia menanti menyambut menghidang mengemas melayan etc.
:suri rumah tangga.my goodness.
Keempat,menggandakan tahap kesabaran.
:sesabar sabar manusia.
Damn.
Aku tak boleh fikir apa perkara pertama yang harus aku buat bila bangun dari tidur
bila nanti ada dia di sisi.
Aku tahu aku punya bermacam tugas dalam satu misi.
Tapi aku bingung.
Bagaimana mahu memulakan segala.
Bagaimana mahu menyediakan semua.
Bagaimana mahu menyempurnakan hari nya.
Bagaimana mahu menjadi seorang wanita.
Bagaimana jika aku tak mampu melakukannya.
Sering aku katakan pada mereka, supaya kuat dan cuba.
Tapi kini kuat dan cuba itu tiada pada aku.
Sering aku pesan pada meraka, jangan takut.
Aku pula si penakut. Aku takut.
Tuhan..Aku mohon Kau permudahkan lah segala.
Penuhi segenap ruang hati ku dengan kesabaran dan ketenangan
dalam mengharungi ujian dariMu.
Redha.
Tawakal.
Amin.
No comments:
Post a Comment