Saturday, January 22, 2011

Dear My Future...

Saya sayangkan awak.
Kalau satu hari tiba tiba saya tak sayangkan awak
itu bukan saya.
Saya selalu sahaja mahukan awak.
Kalau saya kata saya tak perlukan awak
itu bukan saya.
Saya rindukan awak.
Kalau seminit tanpa ada nama awak di bibir
itu bukan bibir saya.
Saya tak suka berperang dengan awak.
Tapi kalau saya marah marah awak
itu saya tak sengaja.
Saya gembira berdua dengan awak.
Kalau saya muncung bila awak meminta jari jemari ini
itu saja mengada.
Saya tak beri awak pergi.
Kalau nanti saya yang meminggir diri jauh ketepi
itu bukan saya.
Saya cinta awak.
Kalau seharian saya tak sebut
itu bukan saya.
Saya benar benar cintakan awak.
Kalau saya lupa menyatakan nya
maafkan saya.

Tuesday, January 18, 2011

7 Hari Sebelum...

ah..
Bulan pertama 2011 mengangkat aku ke level baru.
Status baru,gelaran baru,tanggungjawab baru,motif baru,segala baru.
Kaget bercampur teruja dibuatnya.
Aku sebenarnya tidak pasti apa aku sudah melengkapkan diri luar dan dalam untuk ini?
Satu yang pasti,segala nya akan berubah.

Pertama,rutin pagi takkan lagi sama.
:bangun seawal 6 pagi mungkin.ah shit.
Kedua,Facebook bukan lagi perkara teratas dalam carta harian.
:oh Cityville aku akan rindu kamu.
Ketiga,menyedia menanti menyambut menghidang mengemas melayan etc.
:suri rumah tangga.my goodness.
Keempat,menggandakan tahap kesabaran.
:sesabar sabar manusia.

Damn.
Aku tak boleh fikir apa perkara pertama yang harus aku buat bila bangun dari tidur
bila nanti ada dia di sisi.
Aku tahu aku punya bermacam tugas dalam satu misi.
Tapi aku bingung.
Bagaimana mahu memulakan segala.
Bagaimana mahu menyediakan semua.
Bagaimana mahu menyempurnakan hari nya.
Bagaimana mahu menjadi seorang wanita.
Bagaimana jika aku tak mampu melakukannya.

Sering aku katakan pada mereka, supaya kuat dan cuba.
Tapi kini kuat dan cuba itu tiada pada aku.
Sering aku pesan pada meraka, jangan takut.
Aku pula si penakut. Aku takut.

Tuhan..Aku mohon Kau permudahkan lah segala.
Penuhi segenap ruang hati ku dengan kesabaran dan ketenangan
dalam mengharungi ujian dariMu.
Redha.
Tawakal.
Amin.

Wednesday, January 12, 2011

di titik tengah.

bila dulu lagu yang sering kita nyanyikan bersama kini sudah naik jelak bila mendengarnya,
bila pagi hari seolah satu mimpi ngeri,
bila deru nafas ini tidak setenang kelmarin,
baru aku sedar aku ini berjalan di atas bara api,
baru aku terjaga bila kering kontang sudah dasar hati ini.
aku mengharap untuk ditatang ke singgahsana.
aku kira kita ada itu rasa.
rasa yang melahirkan kata kata indah.
rasa yang memangkah segala sengsara.
rasa yang hanya kita yang merasa.
rasa yang kita gelar "satu satu nya yang aku punya".
aku pertaruhkan satu langkah ke hadapan.
sungguh aku mahu sahaja perlahan lahan mengundur langkah ke belakang
tanpa ada siapa siapa menghalang atau terluka.
namun tidak semudah lidah berbicara.
biarlah..
biar..
selagi boleh dibiar...
tatih hati kecil ini biar ia bisa gagah.
senyum sahaja biarpun goyah.
di titik tengah ini permulaan kita.

p/s: you're runner up now.